SEJARAH Ladang Sungai Palas merupakan ladang teh yang pertama ditubuhkan untuk penanaman pokok-pokok teh.Pendudk sekitar pada awalnya berasal dari India.Mereka menetap di sini pada awal tahun 1830-an.Mereka dibawa masuk sebagai tenaga pekerja. Semakin hari, penduduknya bertambah.Pihak Pengurus Boh Plantation telah memberi penekanan kepada pendidikan kanak-kanak demi untuk menjamin masa depan mereka.Maka lahirlah bangunan pertama pada tahun 1940 sebagai sekolah pertama di Ladang Sungai Palas.Pada mulanya bangunan ini didirikan oleh Boh Plantation.Pertambahan murid menyebabkan kerajaan mendirikan bangunan pada tahun 1976. Bangunan kedua ini telah didirikan di atas tanah kepunyaan Boh Plantation tetapi semua kos pembinaan ditangguhkan oleh kerajaan.Banguan kedua ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Chan Siang Sun pada 27hb Mei 1976. Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Sungai Palas merupakan sekolah yang indah dan cantik. Sekolah ini dikelilingi dengan taman bunga. Oleh demikian,ia menarik perhatian ramai orang.
Latar belakang sekolah.
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Palas ini terletak di Ladang Sungai Palas. Luas kawasannya ialah 1 ekar (0.5 hektar). Terdapat 2 blok bangunan.
CARTA ORGANISASI SEKOLAH
Tunjang Sekolah
MISI SEKOLAH
Menyediakan pendidikan berkualiti dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan sumber tenaga negara untuk menghadapi cabaran dan mencapai matlamat Wawasan 2020 melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan dan penglibatan aktif dalam kokurikulum sekolah.
VISI SEKOLAH
Kecemerlangan dalam semua bidang yang memberi sumbangan kepada agama bangsa dan Negara.
OBJEKTIF SEKOLAH
SJK (T) Ladang Sungai Palas berharap dapat:
i. Melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani dan jasmani. ii. Melahirkan insan yang mempunyai budaya ilmu kemahiran berfikir, berakhlak terpuji, celik sains dan teknologi. iii. Meningkatkan kecemerlangan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
MATLAMAT SEKOLAH
“Melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin, berketerampilan dan berbudi pekerti mulia. Melaksanakan setiap tugas dengan azam dan iltizam yang kukuh.Bertanggungjawab dan ikhlas dalam menyempurnakan amanat yang diberi. Berusaha untuk memberi bantuan, sumbangan sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.Menjaga perlakuan, disiplin dan sentiasa memelihara adab sopan.Sentiasa mematuhi peraturan dan arahan dari pihak pentadbiran dan Kementerian. Berusaha untuk mencapai kecemerlangan baik dibidang Pentadbiran, kurikulum dan ko-kurikulum. Menjaga dan memelihara nama baik sekolah serta organisasi Pendidikan.Berusaha untuk memberi perhatian pada setiap masalah yang diajukan oleh pihak Ibubapa dan orang awam dengan mesra dan bersopan.
ORGANISASI SEKOLAH
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SJK (T) Ladang Sungai Palas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1. Membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah mulia melalaui pemupukan,penghayatan dan amalan nilai-nilai selaras dengan kehendak aspirasi negara. 2. Mendidik pelajar dalam menghasilkan pelbagai bentuk tenaga manusia yang produktif,berinovatif dan dinamik serta berfikir kreatif dan kritis ke arah pembentukan bakal cendikiawan negara. 3. Mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang bersih,ceria dan menarik. 4. Membinbing dan mendidik pelajar dalam melahirkan anggota masyarakat yang berbudi,berdikari dan berbudaya penyayang. 5. Menggembleng tenaga seluruh anggota masyarakat sekolah untuk menibgkatkan prestasi akademik dan kokurikulum,khususnya pada pelajar yang lemah dan miskin,untuk menjadikan sekolah ini antara yang terbaik dalam daerah. 6. Bersedia menerima dan melayan,ibu bapa dan anggota masyarakat untuk meminkan peranan yang lebih aktif demi kebaikan pelajar dan sekolah.
OBJEKTIF KUALITI SEKOLAH
Menjunjung dasar pendidikan negara usaha untuk mencapai falsafah pendidikan negara menpunyai hubungan mesra dengan masyarakat tempatan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan.beraklak mulia dan bertanggungjawab melahirkan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.